Tomato adalah buah yang paling popular. Seperti juga terung dan labu, tomato merupakan sejenis buah dan bukannye sayuran. Lebih dari 60 juta tan tomato dihasilkan setahun. 16 juta tan lebih banyak daripada pisang, buah kedua yang paling popular didunia. Epal adalah ketiga paling popular (36 juta tan),seterusnye oren (34 juta tan) dan tembikai (22 juta tan).
Tomato pertama kali ditanamkan di 700 Masihi oleh puak Aztec dan Inca. Peneroka yang berasal dari Mexico yang bertanggungjawab memperkenalkan tomato ke Eropah iaitu pada tahun 1556. Orang Perancis menggelarkannya “the apple of love,” dan orang Jerman pula “the apple of paradise.”
Tomato kaya dengan vitamin A, C, serat dan tiada kolesterol. Saiz sebiji tomato rata-rata (148 gram, atau 5 oz) dan ia mengandungi sebanyak 35 kalori. Selain itu, kajian perubatan terkini menunjukkan bahawa pengambilan Lycopene(pigmen berwarna merah) boleh mengelakkan penyakit kanser. Lycopene adalah sebahagian daripada keluarga pigmen yang disebut carotenoids, iaitu sebatian semulajadi yang mencipta warna buah-buahan dan sayuran.Contohnye beta carotene, merupakan pigmen oren pada lobak. Lycopene adalah antioksidan yang paling kuat dalam keluarga carotenoid. Vitamin C dan E pula melindungi kita dari radikal bebas yang keluar di kebanyakkan bahagian tubuh badan kita.
Sandwich juga mengandungi tomato
Nama saintifik bagi tomato adalah Lycopersicon Lycopersicum, yang bermaksud “wolf peach.” Terdapat lebih dari 10 ribu jenis tomato di seluruh dunia. Tomato banyak digunakan dalam produk makanan, termasuklah sos tomato, pasta dan pizza. Menurut Steel Packing Council survey yang dibuat tahun 1997, 68% chef di dunia telah menggunakan tomato pada ramuan dalam masakkan mereka.
Definasi buah adalah bahagian yang mengandungi biji yang akan kita makan manakala sayur adalah tanaman yang batang, daun, dan akar yang akan dimakan. Sebab itu tomato digelar sebagai buah-buahan dan bukannye sayur-sayuran.
Tomato yang telah masak mempunyai kepekatan lycopene yang lebih tinggi berbanding dari tomato yang mentah.
~*Peringatan, jangan simpan tomato yang telah masak kedalam peti sejuk. Ini kerana suhu yang sejuk akan mengurangkan rasa enak pada tomato.
TQ,
Izzuddin Rahman
No comments:
Post a Comment